Friday, February 18, 2011

habaq mai sikit couple tu haramkah?

COUPLE HARAM
Adakah couple haram? Couple yang macam mana haram? Kadang-kadang hati ini mudah terasa sakit dan pedih tatkala banyak orang menghukum couple itu haram sedangkan dia tidak membaca artikel tersebut keseluruhannya. Kesimpulan yang dibuat di pertengahan jalan cuma, disebar merata-riti.
“Woi A (bukan nama sebenar), tak baik la couple-couple nih… Kau nak rosakkan Aini tu ke? Udah le, rentikan keje tak berpekdah tu. Haraaaaaaam. Maksiat maksiat. Zina hati. Masuk neraka camne beb?”
Lalu si lelaki ini mula dibuai dengan lagu Mata Hati daripada kumpulan nasyid Hijjaz.
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih…”
Tidak dinafikan meninggalkan atau sebaiknya tidak terjebak dalam kancah perkapelan adalah langkah yang terbaik. Akan tetapi, adakah ada cara lain selainnya yang dapat mengelakkan dosa?

Couple Islamik
Bercouple sebenarnya bertujuan ke arah perkahwinan, bukannya ke arah nafsu. Tiada maknanya perkapelan yang tidak mencapai matlamat ke jinjang pelamin.
Ia bermula apabila si lelaki yang mengalami hipolovemia (kekurangan kasih sayang) bertanya kepada si perempuan, “Nak jadi awek saya tak?” Lalu jawabnya si perempuan, “Nak.”
Tapi saya mengesyorkan supaya soalan si lelaki itu diubah sedikit kepada versi kedua, “Nak jadi isteri saya tak?” ataupun “Dengan nama Allah, aku melamarmu menjadi isteriku.”
Kalau si perempuan cakap tak nak, tak payah bercouple, senang cerita, lama-lama perasaan cinta tu hilang dengan sendirinya.
“Idea tu memang gila. Kalau macam tu, sampai tua le aku kena rijek.”
“Rilek beb. Itulah cara lelaki sejati. Kalau ada jodoh tak ke mana… takkan lari gunung dikejar.”
Bagaimana kalau si perempuan cakap nak?
Kalau macam tu, perkenalkan dekat keluarga, kemudian terus akad nikah. Segala hubungan jadi halalan toyyiba, ikut suka nak buat apa. Tak tinggal serumah pun tak mengapa, buat macam biasa. Asalkan adanya komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Selepas habis belajar, buatlah majlis persandingan ala-ala ‘Wedding of the Year’.phewwiiiittt!
Kena cekup dekat mana-mana pun siapa nak halang kalau kita kata, “Kami dah kahwin wahai encik pencegah maksiat.” Tapi dalam masa yang sama, masih lagi tinggal di rumah ibu bapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb. Salah ke kaedah ini?
Dalam dunia ini ada dua jalan, sama ada halal atau haram. Soal halal wa haram inilah yang patut diutamakan dahulu. Persoalan-persoalan lain seperti nafkah, kewangan, pelajaran, anak – semua itu nombor dua. Yang penting adalah adanya hubungan yang halal dahulu.
*ingatlah bahawa Nabi Muhammad SAW juga pernah mengahwini Aisyah Abu Bakar As-Siddiq sewaktu umurnya sembilan tahun. Yang pentingnya, komitmen daripada kedua-dua belah pihak adalah penentu kejayaan couple islamik ini.*
 
Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan
seseorang yang sentiasa beriman kepadaMu dan sentiasa 
mengAgungkan Cintanya kepadaMU.aminn

No comments:

Post a Comment